Salam 1 Malaysia,
Selamat bertemu di dunia tanpa sempadan. KRT Taman Rebana Jernih ingin turut sama mewarnakan dunia blog di negara dengan pelbagai berita teuntang KRT Rebana Jernih. KRT Rebana Jernih terletak berhampiran sempadan Negeri Sembilan/Melaka. Terletak di jalan utama antara Lubuk Cina dan Kuala Sungai Baru.
Taman Rebana Jernih mengandungi lebih kurang 300 buah rumah dan terletak berhampiran Kampung Air Molek Kuala Sungai, Melaka. Taman ini wujud sejak 10 tahun lalu. Penduduknya terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan datang dari kampung persekitaran seperti Lubuk China, Lubuk Redan, Kuala Sungai Baru dan beberapa kampung lain lagi.
No comments:
Post a Comment