Sunday, March 16, 2014

# PRAY FOR MH370

Warga KRT Taman Rebana Jernih dengan rendah hati bersama memanjatkan doat ke hadrat Allah SWT agar semua yang terlibat dalam TRAGEDI KEHILANGAN PESAWAT MH370 berada dalam lindungan ALLAH SWT dan kembali kepangkuan keluarga dalam keadaan selamiat.

"Ya Allah, permudahkan usaha pencarian yang dilakukan, pertemukan semula mereka dengan orang yanihg menanti dan mengasihi mereka, peliharalah kesihatan, keselamatan  serta kembalikan segala bentuk penganiayaan jika terjadi kepada mereka yang melakukannya. 

Sesungguhnya Ya Allah, kami hamba Mu yang lemah dan mengharapkan belas ihsan dari Mu Ya Allah atas keberjayaan segala doa dan usaha kami"

DOA KAMI WARGA KRT TAMAN REBANA JERNIH 
BUAT MH370

Tuesday, March 4, 2014

KORBAN KELOMPOK KRT TAMAN REBANA JERNIH

Pihak KRT Taman Rebana Jernih akan mengadakan korban secara berkelompok untuk aidil adha 2014 ini. bagi yang berminat boleh berhubung dengan Pengerusi KRT- Tn Hj Majid atau Setiausaha KRT-Pn Rosnah Ghani untuk maklumat lanjut.

Pihak KRT Taman Rebana Jernih mensasarkan 5 ekor haiwan untuk dikorbankan. Harga bagi satu bahagian adalah RM450.00


PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN

Bertempat di padang taman Rebana Jernih, panel kesihatan dari Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru dan KRT Taman Rebana Jernih telah mengadakan program pemeriksaan kesihatan. Majlis yang dirasmikan oleh YB Mas Ermiyatie Samsudin berjaya menarik hampir 60 orang warga Taman Rebana Jernih untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Majlis berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari turut dihadiri oleh En Musa Keling, Pengerusi JKKK Kampung Air Molek, En Hamzah, Mantan Pengerusi JKKK, Pengerusi KRT Taman Rebana Jernih, Tuan Hj Majid serta ramai lagi.


TAKZIAH

KRT Taman Rebana Jernih kehilangan seorang anggota SRS yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dia minggu lalu. Allahyarham Arman Jaafar meninggalkan seorng balu dan 3 orang anak. Jenazah beliau telah disolatkan di Masjid Ar Rafaie, kampung Air Molek dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Air Molek, Kuala Sungai Baru.

Warga KRT dan SRS Taman Rebana Jernih merakamkan ucapan takziah kepada keluaga beliau dan semoga allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang mukmin. Amin